Thursday 7 March 2013

Hakikat Kehidupan VS Penipuan (Ilusi) Kehidupan




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 
“Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).” Qs Al Israa’ :72 


                                                               

Hakikat Kehidupan VS Penipuan (Ilusi) Kehidupan 

Salam Sejahtera buat manusia yang mencari hakikat kehidupan, pernah menonton filem Matrixs ?

Banyak kesimpulan dan sedikit sebanyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita tersebut. Sedikit ringkasan dari kesemua episod cerita tersebut tentang watak utamanya. Diceritakan pada awalnya watak utamanya seorang lelaki yang sehariannya bekerja disebuah syarikat. Kehidupannya tidak ada bezanya dengan masyarakat sekeliling, yang hanya pergi kerja untuk mencari rezeki untuk meneruskan hidupnya, Langsung tidak diendahkan keadaan sekeliling.

Namun,segalanya berubah tatkala seorang lelaki datang menawarkan kepadanya peluang untuk merubah diri dan dunia dengan simbolik memberi pilihan kepadanya untuk memilih pil biru atau merah, tiap-tiap warna pil tersebut adalah persetujuan atau penolakan, maka dipersetujui olehnya dan bermulalah kehidupan sebenarnya. Sedarlah dia bahawa dunia ini adalah satu penipuan yang amat jijik sekali, Manusia sebenarnya hidup dalam ilusi dan keadaan dunia pada masa itu amat teruk sekali. Manusia tidak sedar akan tujuannya dihidupkan, kisah ini sedikit sebanyak diolah dari kitab-kitab yang ada di bumi sekarang ini, tetapi keberadaan kitab-kitab tersebut kebanyakkannya telah disalah ertikan, disalah guna dan kebanyakkan kitab telah disembunyikan. Yang kekal sehingga hari ini hanya alquran.

Ada yang mengatakan bahawa kisah cerita matriks diolah dari taurat. Tetapi itu tidaklah menjadi tujuan utama artikel ini dikongsikan, apa yang ingin diketengahkan ialah, adakah anda sedar mengapa anda dihidupkan? Lihatlah keadaan sekeliling anda, apakah ini sebenarnya kehidupan dan tujuan asal utama manusia dihidupkan di atas muka bumi? Fahamilah firman Allah didalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat ke 30 :

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." Qs 2:30 

Jesteru penulis ingin para pembaca memikirkan, apakah benar ini sahaja yang patut kita lakukan dimuka bumi ini, ramai masih leka dalam hidup yang sementara ini, dunia ini hanyalah tempat untuk kita beraksi mengikut kehendak Tuhan Semesta Alam, Allah S.W.T. Adakah hidup ini bermula dari bayi,kemudian mencapai peringkat usia ke sekolah, meningkat remaja,ke universiti, kemudian bekerja, berkahwin, mempunyai anak, menjelang tua(jika berkesempatan) dan akhirnya mati. Bukankah corak kehidupan seperti itu seperti boneka atau patung? Kerana apa disebut begitu adalah kerana, hidupnya tidak jelas dengan tujuan asal diciptakan. Malahan yang dikejar ialah kebendaan duniawi, harta, dan pangkat. Manusia seperti ini amat mudah sekali dimanipulasi dan ditipu oleh makhluk lain untuk kepentingan individu serta tidak ada bezanya dengan haiwan(contoh). Bukankah manusia ini adalah ciptaan yang amat sempurna sekali, maka pastinya tujuannya juga adalah untuk kesejahteraan seisi alam.

Setelah diketahui, timbullah persoalan, bagaimana untuk mencari hakikat sebuah kehidupan ini? Setiap persoalan pasti ada jawapannya, tapi hanya Allah sahaja layak memberi dan menarik sesiapa yang dikehendaki untuk ke Jalan-Nya. Lihatlah ke belakang, dengan sejarah serta sunnah-sunnah rasul, iaitu insan yang sedar akan hakikat dihidupkan ini. Dalami, fahamilah melalui peninggalan pusaka Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW :

“Aku tinggalkan kamu dua perkara pusaka,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu KITABULLAH dan SUNNAH-SUNNAH RASUL “

Maka, para pembaca sekalian, bergeraklah,itulah sebenarnya “hint’’ yang telah diberi oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita untuk mencari hakikat kehidupan ini. Beliau dan rasul-rasul sebelum beliau tidaklah meninggalkan harta kebendaan melainkan hanya kitabullah dan sunnah-sunnah rasul kepada kita. Mulalah mencari melalui kitab-kitab Allah, yang paling hampir dengan kita iaitu Al-Quran. Disitu tersimpan sejuta rahsia dan hikmah untuk kebaikan umat manusia dan isi alam keseluruhannya. Berserah lah diri kepadanya .


No comments:

Post a Comment