Monday 30 January 2012

Golongan Pembaca Al-Quran

Tingkat atau golongan pembaca Quran dapat dibahagikan 6 tingkat, mari kita perhatikan diri kita berada ditingkat yang mana, tergolong dari tingkat yang tinggi atau yang paling rendah?

GOLONGAN YANG LALAI

AL-GHAFILIN: Pembaca sekitar 1-9 ayat.
Golongan paling rendah ialah orang-orang yang membaca Quran kurang dari 10 ayat pada setiap malam, ini berdasar kenyataan Tamim Ad-Dhari yang pernah berkata yang maksudnya: “Siapa membaca sepuluh ayat Quran pada suatu malam, tidaklah dituliskan dia daripada golongan yang lalai.”

GOLONGAN YANG INGAT

AL-ZAKIRIN: Pembaca sekitar 10-49 ayat.
Kata Abi Said Al-Khadari yang bermaksud: ” Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran adalah dituliskan daripada golongan ingat.”

GOLONGAN PEMELIHARA

AL-HAFIZIN: Pembaca 50-99 ayat.
Sahabat nabi, Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pernah berkata yang maksudnya: ” Siapa membaca 50 ayat Quran pada suatu malam, adalah dituliskan daripada golongan pemelihara-penghafal Quran.”

GOLONGAN SETIAWAN

AL-QANITIN: Pembaca sekitar 100-199 ayat.
Ibnu Umar berkata: “Siapa membaca Quran pada suatu malam sebanyak seratus ayat adalah dituliskan dia daripada golongan Setiawan.”

Tamim Ad-Dhari menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Siapa membaca 100 ayat Quran pada suatu malam nescaya dituliskan pahala dia mendirikan ibadah (sepenuhnya) pada malam itu.”

GOLONGAN JIAWAN

AL-FAIZIN: Pembaca 200-299 ayat.
Abdullah bin Omar berkata: “Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran tidaklah dituliskan dia daripada golongan yang lalai. Siapa membaca pada suatu malam 100 ayat Quran adalah dituliskan dia daripada golongan Setiawan dan siapa membaca 200 ayat Quran adalah dituliskan dia daripada golongan Jiawan.”

GOLONGAN JUTAWAN

AL-MUQANTIRIN: Pembaca 300-1000 ayat.
“Siapa membaca pada satu malam tiga ratus ayat Quran adalah dituliskan baginya satu Qinthar dan siapa membaca tujuh ratus ayat, Tidaklah aku mengetahui lagi akan pembalasannya.” demikian kata Abdullah.

Hasan menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Siapa membaca Quran pada suatu malam 100 ayat, tidaklah ia dibantahi oleh Quran pada malam itu, Siapa membaca Quran pada suatu malam 200 ayat nescaya dituliskan dia orang yang mendirikan peribadatan malam (ibadah sepenuh malam). dan seterusnya siapa membaca Quran pada suatu malam 500 ayat sampai meningkat 1000 ayat, adalah ia berpagi-pagi memperolehi 1 Qinthar diakhirat.” Mendengar itu sahabat-sahabat pun bertanya: “Berapakah satu Qinthar itu?” Nabi menjawab: “12000.”

Abi Ad-Darda menyebutkan persabdaan nabi saw: “Siapa membaca 1000 ayat Quran adalah dituliskan dia memperoleh 1 Qinthar pahala sedang satu Qirathnya adalah seperti Changkat yang besar”.

Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pula berkata: “Siapa membaca 1000 ayat Quran pada suatu malam, adalah dituliskan untuknya 1 Qinthar, sedang 1 Qirath daripada Qinthar itu adalah lebih baik daripada dunia dan isinya dan ia memperoleh lagi pahala mengikut apa-apa yang dikehendaki Allah”.

Sabda rasulullah saw: “Siapa kerap membacakan 10 ayat Quran tidaklah dituliskan daripada golongan yang lalai, Siapa membacakan 100 ayat Quran adalah dituliskan daripada golongan Setiawan dan siapa membacakan 1000 ayat Quran nescaya dituliskan daripada golongan Jutawan”. (H.D Abi Daud M. Abdullah bin Amru bin Al-Ash)

Orang yang tetap bersolat (fardhu Maghrib dan Isya’ maka mereka biasanya mencapai tingkat atau golongan pemelihara yaitu orang yang membacakan pada setiap malam tidak kurang daripada 50 ayat Quran (termasuk bacaan surah-surah pendek yang dibacakan sesudah Al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua pada solat Maghrib dan Isya’.)


Credit : http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/17/darjat-kita-membaca-al-quran/

Keajaiban Selawat


                     Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]

              اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 
                     Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
     "Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya"

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu,baik kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.


1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)


2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.


3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.


4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.


5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.


6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.


8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.


9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.


10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.


11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.


12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.


14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.


15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.


16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.


17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.


19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.


20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.


21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.


22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.


23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.


24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.


25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.


26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.


27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.


28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.


29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.


30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani


Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.


Credit :  http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/01/keajaiban-selawat-2/

Tuesday 17 January 2012

Penciptaan Alam Dalam Enam Hari ?


Kejadian langit dan Bumi melalui fasa-fasa tertentu. Dalam surah Hud ayat 7, Allah berfirman "Dan dia yang mencipta langit dan Bumi dalam mas enam hari dan adalah Arasynya di atas air.." Ayat ini menjelaskan berkenaan dua perkara. Pertama, ia menjelaskan kejadian langit dan Bumi melalui pelbagai peringkat. Kedua, proses kejadian Langit dan Bumi melahirkan air dan Arasy Allah berada di atas air.

Semasa menjelaskan mengenai masa yang diambil bagi kejadian langit dan Bumi (iaitu enam hari), Allah menggunakan perkataan ayyaam. Mengikut Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J Milton Cowan, perkataan ayyaam bermaksud 'age, era, time' iaitu 'umur,era,masa'. Justeru ungkapan 'enam hari' yang terdapat dalam ayat ini bukan bermaksud enam hari seperti yang kita fahami pada hari ini. Sebaliknya ia bermaksud 'enam masa atau pun enam peringkat masa'. Hal ini mudah kita fahami apabila kita mengetahui hari-hari di sisi Allah adalah berbeza mengikut dimensi yang berbeza. Kadangkala satu hari di sisi Allah menyamai 50 ribu tahun mengikut kiraan dunia. Sebagai contoh dalam surah al-Ma'arij, ayat 4 Allah menyatakan "Malaikat-malaikat dan Jibrail naik (menghadap) kepada tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun."

Justeru, hari mengikut kiraan manusia di Bumi adalah berbeza dengan hari di alam yang berbeza dengan dimensi yang berbeza. Konsep ini adalah selari dengan sains berdasarkan konsep Pengembangan Masa atau Time Dilation yang dikaitkan dengan Teori Relativiti Albert Eintein.

Justeru, Syed Qutb di dalam Fi Zilal al-Quran berkata, "Tidak syak lagi yang dimaksudkan dengan hari dalam ayat ini adalah hari-hari yang ditetapkan Allah, dia sahaja yang tahu kadar masanya. Ia bukan hari-hari yang dihitung manusia di Bumi ini."
Hamka di dalam Tafsir al-Azhar pula berkata, "Hari (dalam ayat ini) adalah hari Allah, Tuhan sekalian alam. Ia adalah hari meliputi seluruh alam dan bukannya hari yang dikira menurut peredaran Bumi mengelilingi matahari yang hanya memakan masa 24 jam. Berjuta-juta bintang di langit mempunyai hari-harinya sendiri, mengikut edarannya mengelilingi matahari. Ada antaranya yang lebih panjang daripada hari di Bumi dan ada juga yang lebih pendek. Maka hari sebelum Bumi tercipta sudah pasti berbeza dengan hari sekarang ini.




Credit : http://astronomi-falak.blogspot.com/2009/05/penciptaan-alam-dalam-enam-hari.html

Monday 16 January 2012

Sifat 20

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui. Hamba ingatkan untuk diri hamba...kita mula,


1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.